Tukar Nama Kereta Sukarela JPJ Myeg Eauto

PROMOSI TUKAR NAMA RM300-350 SAHAJA

Tukar Nama Kereta atau motosikal Biometrik tanpa perlu ke kaunter JPJ.

Hanya siapkan butiran berikut untuk kami laksanakan proses dengan cepat dan pantas :-

i) My Kad atau Pasport penjual dan pembeli

ii) Grant kenderaan Original (utk dikemaskini di kaunter JPJ)

iii) Puspakom B5 report (Jika belum Puspakom, kami sedia uruskan utk anda)

iv) Pastikan kenderaan bebas dari hutang (tidak ada tuntutan hak milik dari institusi kewangan)

v) Ibu jari kiri atau kanan utk proses pengecaman ibu jari

Dijamin siap dalam  masa kurang dari 1 jam (urusan kemaskini di kaunter JPJ ambil masa 1 hari bekerja)

Kami bersedia dan akan membantu anda bagi menyelesaikan masalah anda yg tiada masa utk ke JPJ / Puspakom bagi memastikan nama utk kenderaan yg anda jual bertukar milik secara sah tanpa perlu anda keluar dari rumah atau pejabat anda. Hubungi kami utk penerangan lanjut.

Proses Dan Cara Tukar Nama Kereta Di JPJ

Pada masa kini untuk tukar nama pemilik kenderaan anda boleh pilih salah satu proses di bawah.

Cara 1 – Membuat urusan pertukaran hakmilik kereta atau motosikal secara berasingan atau bergilir-gilir.
Cara 2 – Membuat urusan pertukaran hakmilik kereta atau motosikal bersama, kedua pemilik asal dan baru hadir bersama.

1) Membuat proses pertukaran nama kenderaan secara berasingan atau bergilir-gilir.

2) Proses ini lebih mudah dan sesuai untuk pemilik baru dan pemilik asal yang sibuk atau berjauhan lokasi.

3) Melalui cara ini selepas proses jual beli kenderaan selesai pemilik asal hanya perlu dapatkan salinan Kad Pengenalan (MyKAD) pemilik baru secara photocopy atau anda ambil gambar Kad Pengenalan (depan & Belakang) pemilik baru menggunakan mobile phone anda.

4) Selepas itu anda bolehlah serahkan geran / Kad kenderaan kepada pemilik baru. untuk kereta pemilik asal perlu menjalankan pemeriksaan puspakom  terlebih dahulu dan kemudian selepas itu pemilik asal bawa salinan puspakom ke kaunter JPJ.

5) Kunjungi kaunter JPJ yang terdekat dengan anda (tanpa kehadiran pemilik baru) dan dapatkan borang JPJK3(Pind. 1/2014) – borang penyata pertukaran milikan kenderaan motor secara sukarela oleh pemilik berdaftar / pemilik baru.

6) Isikan borang tadi dengan lengkap. isikan maklumat pemilik asal pada ruangan atas dan maklumat pemilik baru pada ruangan bawah.

7) Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.

8) Ambil nombor giliran dan serahkan borang yang telah lengkap diisi dan kad pengenalan kepada pegawai JPJ. maklumkan bahawa anda hendah tukar hak milik kereta / motorsikal.

9) Pemilik Baru akan dapatkan borang yang sama untuk memohon pertukaran nama / hak milik kenderaan. serahkan rujukan tukar hak milik kepada pegawai JPJ.

10) Pemilik baru akan diarahkan untuk thumb print untuk pengesahan sebagai pemilik baru. setelah selesai sijil pemilikan kenderaan akan dicetak oleh pegawai JPJ.

Mudah sahaja sebenarnya prosesnya. proses tukar nama kenderaan lebih mudah sekarang ini berbanding sebelumnya.

Semoga perkongsian mengenai cara tukar nama kereta di JPJ  dan juga proses thumbprint JPJ tanpa pemilik baru atau lama ini bermanfaat kepada anda.

Kepada yang berminat,

Call :  012 - 541 4348 (MR JJ ) atau

TOP