Perkhidmatan Insuran Marine

Apa Itu Marine Insrance?

Kami merupakan agen berdaftar dengan Kurnia Insurance Malaysia dalam menyediakan pakej insurans marin terbaik. Sesetengah syarikat penghantaran kenderaan menyifatkan mereka ada menyediakan pakej insurans namun realitinya tidak.

Perlindungan insurans yang sah mestilah disertakan polisi insurans. Polisi tersebut akan menerangkan apakah bentuk perlindungan yang diberikan serta jumlah perlindungan.

AYUMART ENTERPRISE HANYA bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada semua pelanggan berkenaan MARINE INSURANCE.

Secara mudahnya insurans ialah MEMINDAHKAN risiko/ kerugian/ kehilangan/ kerosakan kenderaan yang dihantar KEPADA SYARIKAT INSURANS. Ini bermakna SYARIKAT INSURANS akan MEMBAYAR segala kerugian yang di tanggung oleh anda.

Marine insurans memberikan perlindungan penuh kepada kenderaan-kenderaan yg dibawa menggunakan kapal laut. Perlindungan bermula dari perlabuhan (Port of Loading) hingga sampai di perlabuhan (Port of Discharge).

Marine Insurance Ini Hanya Sah

Untuk Perlindungan Penghantaran Kenderaan Menggunakan Kapal Sahaja (Port To Port). Ia Tidak Terpakai Dalam Bagi Penghantaran Yang Melibatkan Transhipment seperti:

  • Sandakan
  • Lahad Datu
  • Tawau
  • Sibu
  • Bintulu
  • Miri

Dari Port Discharge. Ayumart Enterprise Menjalin Kerjasama Dengam AM ASSURANCE & KURNIA INSURANCE dalam menyediakan pakej perlIndungan terbaik,perlindungan yang diberikan termasuklah:

  • a) Kapal tenggelam
  • b) Tsunami
  • c) Kebakaran
  • d) Kapal Terbalik
  • e) Lushing Terputus
  • f) Perlanggaran Kapal dengan jeti/ sesama kapal
  • g) Letupan
  • h) Kecurian standard part kereta ( side mirror, bumper, stereng, lampu, battery etc)
  • i) Kemalangan kenderaan dalam kapal

Bayaran Untuk Marine Insurans

Adalah berdasarkan kepada nilai / harga pasaran sesebuah kenderaan. Contohnya:

a) Sebuah Honda City (2011) mengikut harga pasaran ialah RM33,000 Bayaran marine insurance ialah:

  • Vehicle Market Value X 0.35% + 6% SST + Stamp Duty (RM10)
  • RM33,000 X 0.35% + RM6.93 + RM10.00
  • RM132.43

b) Sebuah Camry (2011) mengikut harga pasaran ialah RM100,000.00 Bayaran marine insurance ialah:

  • Vehicle Market Value X 0.35% + 6% SST + Stamp Duty (RM10)
  • RM100,000 X 0.35% + RM21 + RM10.00
  • RM381.00

Note: Kadar Bayaran Paling Rendah

Untuk memiliki Marine Insurance ini ialah RM132.43 walaupun harga pasaran kenderaan kurang dari RM 33,000.

Sebarang tuntutan jika berlaku adalah berdasarkan harga pasaran kenderaan tersebut. Barang/ Muatan/ Personal Effect yang dibawa oleh pelanggan seperti telefon bimbit, laptop, syiling, Smart Tag dan lain-lain lagi yang diletak kenderaan tidak akan dilindungi insurans ini.

Barang-barang peribadi yang dibawa oleh pelanggan seperti telefon bimbit, komputer riba, wang, duit syiling, alat smart tags dan aksesori tambahan yang dipasang tidak akan dilindungi oleh insurans ini. Pihak insurans tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan aksesori seperti turbometer, pembesar suara tambahan, subwoofer dan lain-lain. Kami hanya bertanggung jawab kepada Kenderaan Asas SAHAJA.